Utama
Home Kursus Sejarah Berita Carta Organisasi Album PGMPS Maklumbalas

 

Home
Kursus
Sejarah
Berita
Carta Organisasi
Album PGMPS
Maklumbalas

Powered by counter.bloke.com

Apa itu PGMPS ???

    Pusat GiatMara Parit Sulong telah ditubuhkan pada 1hb Jun 1994. Ia dibina disebuah kawasan yang terletak berhampiran tepi sungai di dalam pekan Parit Sulong. Pada awalnya Pusat GiatMara Parit Sulong ini hanya terdiri dari sebuah bengkel latihan dan sebuah kontena sebagai pejabat am. Atas inisiatif tenaga pengajar dan pelatih-pelatih sesi pertama, sebuah bangunan pejabat yang baru telah dibina pada januari 1995 bagi menggantikan ruang pejabat terdahulu yang terletak di dalam kontena. Kini Pusat GiatMara Parit Sulong telah memiliki sebuah bengkel Teknologi Bangunan, Bengkel Membaiki Motorsikal, Bengkel Elektronik & komputer, Bangunan pejabat dan setor utama, Bangunan surau serta pondok pengawal. Di Pusat GiatMara Parit Sulong ini menawarkan tiga kursus kepada para yang berminat dan ingin menceburi bidang seperti Consumer Electronics and Information Technology (CE&IT), Membaiki Motorsikal (MM) dan Industrial Maintenance (IM). 


Tujuan PGMPS Ditubuhkan....

    Antara tujuan - tujuan Pusat GiatMara Parit Sulong ditubuhkan adalah memberi pengetahuan dan latihan teknikal kepada bumiputera dalam berbagai bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan agar segala pengetahuan dan pengalaman itu dapat digunakan terus untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui pengwujudan usahaniaga dan peluang pekerjaan. Tenaga Pengajar yang berpengalaman dan penuh disiplin dalam bidang yang berkaitan, peralatan - peralatan yang terkini juga dapat membantu pelatih yang mengikuti kursus di sini.  


Sistem Latihan...

    Sistem latihan di Pusat GiatMara Parit Sulong adalah menitik beratkan amali yang dilakukan oleh pelatih - pelatih itu sendiri. Oleh sebab itu, mata pelajaran Teori hanya diajar kepada para pelatih sehingga 30% dari keseluruhan pelajaran manakala latihan amali mencapai sehingga 70% keseluruhan. Pelatih-pelatih Pusat GiatMara Parit Sulong juga akan didedahkan dengan kerja amali di luar bengkel setelah 2-3 bulan berada di Pusat GiatMara Parit Sulong tetapi segalanya bergantung kepada perancangan yang dibuat. Di Pusat GiatMara Parit Sulong bukan sahaja mengajar ilmu duniawi tetapi ilmu rohaniah juga akan diajar melalui Kelas Fardu Ain yang diadakan sebanyak 2 kali sebulan. Setiap seminggu sekali iaitu hari Rabu juga diadakan Hari Sukan atau lebih dikenali dengan Hari Budaya Sihat.


Maklumat Lanjutan...

   Jika ingin sebarang maklumat tambahan atau yang terkini daripada Pusat GiatMara Parit Sulong, sila hubungi alamat dan nombor telefon yang tertera di bawah ini: 

Telefon :
07 - 4186679
Faksimili :    
07 - 4186679
Alamat :            
Pengurus, Pusat GiatMara Parit Sulong, PTD. 8507, Jalan Serindit 83500 Parit Sulong, Batu Pahat Johor Darul Takzim                
Elektronik Mel :
Informasi Umum: gmparitsulong@giatmara.edu.my
Webmaster: thrashantu@yahoo.com 
                 
 
Terkini : Khamis, 02 Julai 2009 05:55:59 PM