Sejarah
Home Kursus Sejarah Berita Carta Organisasi Album PGMPS Maklumbalas

 

Home


    Sejarah Penubuhan Pusat GiatMara Parit Sulong telah bermula pada 01 Jun 1994 iaitu Pusat GiatMara Parit Sulong telah ditubuhkan. Pusat GiatMara Parit Sulong telah dibina di sebuah kawasan yang terletak berhampiran dengan sungai di Pekan Parit Sulong. Dengan keluasan tanah yang diluluskan oleh kerajaan, 1 ekar telah diterokai untuk membina bangunan dan tempat belajar.

        Pada awalnya Pusat GiatMara Parit Sulong ini hanya terdiri daripada sebuah bengkel latihan dan kemudian ditambah dengan sebuah kontena sebagai pejabat am.

        Atas inisiatif tenaga pengajar dan pelatih - pelatih sesi pertama, sebuah pejabat yang baru telah dibina pada januari 1995 bagi menggantikan ruang pejabat terdahulu yang terletak di dalam kontena. 

        Kini Pusat GiatMara Parit Sulong telah memiliki sebuah Bangunan Pajabat dan Setor Utama, Bangunan Surau, Bilik Kuliah, Pondok Pengawal, Bengkel Industrial Maintenance (dahulu teknologi bangunan), Bengkel Membaiki Motorsikal dan Bengkel Consumer Electronics & Information Technology.


Terkini : Khamis, 04 Julai 2002 02:05:01 PM