Sejarah Penubuhan Pusat GiatMara
Parit Sulong telah bermula pada 01 Jun 1994 iaitu Pusat GiatMara Parit Sulong
telah ditubuhkan. Pusat GiatMara Parit Sulong telah dibina di sebuah kawasan
yang terletak berhampiran dengan sungai di Pekan Parit Sulong. Dengan keluasan
tanah yang diluluskan oleh kerajaan, 1 ekar telah diterokai untuk membina
bangunan dan tempat belajar.
Pada awalnya Pusat GiatMara
Parit Sulong ini hanya terdiri daripada sebuah bengkel latihan dan kemudian
ditambah dengan sebuah kontena sebagai pejabat am.
Atas inisiatif tenaga pengajar
dan pelatih - pelatih sesi pertama, sebuah pejabat yang baru telah dibina pada
januari 1995 bagi menggantikan ruang pejabat terdahulu yang terletak di dalam
kontena.
Kini Pusat GiatMara Parit Sulong
telah memiliki sebuah Bangunan Pajabat dan Setor Utama, Bangunan Surau, Bilik
Kuliah, Pondok Pengawal, Bengkel Industrial Maintenance (dahulu teknologi
bangunan), Bengkel Membaiki Motorsikal dan Bengkel Consumer Electronics
& Information Technology.
|